Wednesday, 4 April 2012

Penat.

Penat.


Assalammualaikum kepada para pembaca,Hari ini Atien hendak cerita tentang pengalaman Atien pada petang
4/4/2012 nie,iaitu "menghias kelas".

         Rakan Atien iaitu Nurul Aidawiyah n Nur Nabila Harun datang ke rumah Atien untuk mengajak Atien
kesekolah.Atien pun pergi ke sekolah,mereka mengajak Atien menghias kelas,Pada mulanya,Atien :
1.Buang Sampah Bawah Meja
2.Sapu Sampah.
3.Padam Papan Hitam
4.Lap Tingkap
5.Susun Kerusi & Meja.

Lepas toe barulah Atien rehat seketika,lepas toe mereka suruh Atien "Cuci Tingkap" pulak menggunakan Kain Buruk Yang Basah Toe.Atien pun Cucilah,lepas toe Atien Nampak Pakcik Guard datang naik tangga.Pakcik Guard pun datang dekat kami,"Hai,kenapa hampa mai main dekat sekolah ni?balik2"Atien pun Cakap"Alah Pakcik,kami mai sekolah sebab nak Hias Kelas,bukan nak Main,nie pun Cikgu Kami Yang Suruh datang."Taulah,tapi Cikgu hampa tak mai pun,kalau Cikgu Mai takpalah"..Atien Pun Balik dengan Kawan2 dengan "PENAT" yang tersangat!!!Atien pun melambaikan tangan Atien kepada Nurul Aidawiyah n Nur Nabila Harun toe.



"Sebenarnya bukan Aidawiyah n Nabila sahaja yang datang bersihkan kelas,But,Orang lelaki pun ada,sebab toe la kami kena balik."Ok takat sini sahajalah,sebab pengalaman Atien pada petang di sekolah toe sikit sahaja.Assalammualaikum.-^_^-.SELAMAT BULAN APRIL KAWAN2..



                                                           ""UMMU""


Sunday, 1 April 2012

Kalau tak bercinta tak akan mati pun!

Kalau tak bercinta tak akan mati pun!


"Tak Mati Kalau Tak Bercinta!",Ari ni Atien nak cerita tentang tajuk tu ari ni..Eh,Atien nak tanya sikit lah,Mati tak kalau kita tak bercinta,tak kot..kakak2,abg2 n also adk2..bercinta tak penting ok!Atien rsa,pelajaran lgi penting kot?so,kita tak perlulah dok fikir tentang cinta-cinta ni..Pakwe curang sikit jer rajuk,kata nak bunuh diri lah,"PUTUSLAH"..Gedik terlebih,itu baru yang perempuan,kalau lelaki tak gedik sangat,dia jahat ja,kadang2 gatai!kalau dalam Sms,sayanglah,babylah,cutelah..eiuu,naik geli aku!lebih baik bercinta dengan haiwan,like..kucing!haa,kucing!

 atau pun berangan sedang bercinta dengan Declan Galbraith ka,Justin ka,Artis!mungkin lah suatu hari nanti dia akan merisik kah?itupun kalau panjang umornye!sebenarnya,kita boleh bercinta,bukannya Atien nak Larangkah?Bercinta cara Islam,Sunnah..kan bagus tu!(Cara Islam/Sunnah):

1.Berjauhan atau pun tidak sering berjumpa.
2.jangan berkelakuan sumbang.(bukan muhrim!)
3.Yakin yang dia adalah jodoh kita..

itu baru 3..

Korang nielah..tak style!macam nie jelah!korang jangan bercinta lagi,time Kolej nnty bwu kowang cinta2 korang tu!nie abis sekolah tak lagi dah nak bercinta,kalau dekat sekolah aku (SKSL),ramai aku dengar (contoh):"Wan suka Dina"..bukan sekadar ejekan sahaja!malah perkataan "LUCAH " pon pernah aku dengar!ish3,haa itu semua budak Tahap 2 lah..darjah 4,5,6!tak pernah ikut peraturan,walaupun dah dapat Johan Nasyid,Johan Basketbal,Netball,Football lah..citalah..tapi apa gunanya kalau perangai buruk?cikgu dok sangka hampa rajin,baik,suka tolong cikgu!pandailah cikgu kowang tU!

DAHLAH MALAS AKU NAK TULIS BANYAK2!jadi jantan pulak aku nie!

                                                       :::UMMU:::

Saturday, 31 March 2012

Pelik dan Bagus..

Pelik Dan Bagus..


Assalammualaikum kepada pembaca-pembaca diluar sana.Hari ini Atien mahu bercerita kepada anda diluar sana."Pelik Dan Bagus",Dulu,Kawan2 Atien selalu Mengata dekat Atien.Selepas itu,tiba2,mereka semua bertukar jadi "Pelik Dan Bagus",Sebagai Contoh,Mereka selalu "Like" halaman yg Atien create dlm Facebook,Selepas tu,Mereka selalu belanja Atien Apabila Atien Tak Cukup Duit Untuk Membeli.

      Itu baru contoh bagi "Pelik",Nie Contoh Bagi "Bagus" Pulak.Atien Suka perangai Mereka
macam ni,sebab macam dah bagi Atien pengajarankan?makin lama mereka berbuat baik,makin lama Atien dengar kata2 mereka,bukan nak jadi Kuli!Atien Anggap mereka mcm saudar sendiri..xkira jantan or betina kah?






                                                                Picture of my friend..
One less lonely girl!







                                                         ~Ummu~

























Surah Al Qariah (Hari Kiamat) Peringatan untuk Umat Islam.

Dengan Nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang

1.Hari yang menggemparkan
2.Apa dia hari yang menggemparkan itu?
3.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedasyatan hari yang menggemparkan itu?
4.(Hari itu ialah hari kiamat),hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang bertebangan.
5.Dan gunung ganang menjadi seperti bulu yang dibusar bertebangan.
6.Setelah berlaku demikian,maka(manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing);adapun orang yang berat timbangan amal baiknya.
7.maka dia berada dalam kehidupan yang senang lenang.
8.Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya.
9.Maka tempat kembalinya ialah Haawiyah.
10.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui,apa dia Haawiyah itu?
11.(Haawiyah itu ialah) api yang panas membakar.

INFO SURAH

1.Al Qari'ah merupakan salah satu nama Allah S.W.T gunakan untuk menerangkan keadaan hari kiamat.Nama-nama lain juga digunakan dalam Al-quran dan mempunyai makna yang sama dengan hari kiamat.Contohnya seperti Al-Haaqah,At-Thaammah,As-Saakhah,Al-Ghasyiyah dan lain2.

2.Pada ayat kesembilan,disebutkan bahawa tempat kembali orang yang jahat dan berdosa itu adalah neraka Haawiyah.Ibnu Katsir menyebutkan dalam tafsirnya,bahawa orang yang berdosa itu dihumbankan ke dalam Neraka Haawiyah dengan kepalanya terlebih dahulu.

Kawan2,sesiapa yang memiliki timbangan pahala yang berat,maka dia akan menikmati kehidupan yang membahagiakan di syurga.Manakala mereka yang sedikit amal kebajikannya dan banyak amal kejahatannya,maka akan dihumbankan ke dalam neraka yang panas dan menyala-nyala


                                                                      ~UMMU~

My Best Friend Ain

My Best Friend Ain





This picture of my best friend,Biodata:

Name:Nur Nazatul Ain

Age:7 old

School:Sekolah Kebangsaan Sungai Layar

Hobby:Taking picture

Cita2:Doktor Bayi

Best Friend:Me

I love you Ain






Declan Galbraith I Love U

Declan Galbraith I Love U


Atien Minat Sangat Declan Galbraith nie,Bawah Nie Biodata dia!:

Nama-Declan Galbraith

Tarikh Lahir-19 DICEMBER 1991

Hobi-Menyanyi

Tempat Lahir-England

Sekarang nie dia berumur 21 tahun!

Ada Perasaan

Ada Perasaan


"Kau tak tahu yang aku ini pun ada perasaan(haiwan),engkau menendangku,buang,bunuh tanpa ada belas kasihan langsung,engkau menyakiti saudara ku yang aku sayanngi"itulah kata kata kucing.kalaulah anda mahu tahu,kucing ataupun haiwan yg lain juga mempunyai perasaan.."hati",kalau lah kita tiada hati,tentulah kita sudah matikan?.



sama juga dengan haiwan,kita sepatutnya fikir terdahulu sebelum menyakiti dia,menyeksa dia tanpa belas kasihan..Subhanallah,begini ceritanya,hari itu,Atien ke Zoo Taiping,Atien dapat jumpa banyak haiwan yang tidak pernah Atien tengok,pada masa tu,Atien pergi tengok badak sumbu,Atien nak baling batu dekat dia,selepas itu,atien tiba2 berhenti memikir kan hati badak sumbu tersebut,Atien macam nak menangis bila tengok Badak Sumbu tu..


 Lepastu,Atien pun pulang..Pada pukul 5 petang ..Atien berada di dapur bersam Umi,Umi sedang memasak,tiba2 seekor kucing berwarna putih + kelabu masuk,Umi menendang kucing itu,lalu Atien berkata "Umi,takyah lah sepak kucing tu!sakit diaa.."Atien pun membawa kucing itu keluar dan membelai nya..air matanya tumpah ke tanah!Atien sayang kucing tu!!!sejak hari tu,Atien terus membela kucing itu dengan penuh kasih sayang,Atien tidak membenar seorang pun menyentuh kucing Atien,bukan bermaksud Atien sombong!Atien tidak mahu dia di sakiti!Atien tahu yang mereka tidak pandai memengang kucing Atien dengan betul.


        Atien sanggup Bawa kucing tersebut menaiki kereta bersama Atien!Kerana,Atien Sayang dia,
Atien Tahu Dia Ada Perasaan,So,bersamalah kita menjaga hati haiwan!Syang dari atien,kepada Kibo!



                                                                    My Cat,Kibo